Itik Salai Mashtar – Peminat Masak Lemak Wajib Cuba

Rasanya tak perlu kenalkan lagi pasal Itik Salai Mashtar ni, mesti ramai dah serba maklum tempat ni yang dah well-known ini. Cawangan-cawangan Itik Salai Mashtar pun dah ada di merata-rata tempat.

Tahun 2017 dulu, saya pernah bekerja di Kajang dan rakan sekerja saya memang ada sebut tempat ni. Tapi saya selalu tak berkesempatan nak pergi walaupun Itik Salai Mashtar ni takde la jauh sangat dari tempat kerja kami di Sungai Ramal. Kami pun selalunya bekerja ke site, so selalunya kami tiada pun di Kajang. Lama-lama, langsung tak jejak ke sini.

Beberapa tahun kemudian, bapa saudara saya pulak yang berpindah tempat kerja di Bangi dan selalu sebut pasal Itik Salai Mashtar. Tempat ni jadi go-to place mereka untuk makan tengahari. So, bila dah ramai yang sebut-sebut tentang tempat makan yang saya tak pernah sampai, memang rasa teringin sangat nak cuba.

Kebetulan semalam saya ke Kajang untuk ziarah sahabat yang baru berpindah ke sini dari Subang Jaya. Alang-alang ada di Kajang, saya teringat tempat ni dan ambil keputusan untuk pergi esok harinya.

Sebelum ni saya pernah cuba makan smoked duck di kedai cina muslim. Memang sedap. Tapi saya tak pernah cuba itik salai masak lemak cili api.

Ada pelbagai menu masak lemak cili api disini. Ada pilihan daging, ayam dan ikan keli juga. Ayam goreng dan keli goreng pun ada. Ulam-ulaman, bendi dan timun. Banyak pilihan.

Ala-ala foodcourt, disini juga ada kedai-kedai lain seperti kedai ikan bakar, makanan laut celup tepung dan kedai air minuman. Sesiapa yang tak berminat dengan itik salai pun boleh datang dan cuba menu lain yang ada.

So apa verdict makan kat sini? Okay je hehe. Makanan sedap. Kuah masak lemak cili api sudah tentu pedas. Kalau makan dengan nasi, boleh tahan pedas tapi kalau dihirup, wow pedas! Satu mangkuk itik salai yang saya makan tu rasanya boleh makan dengan dua pinggan nasi. Memang cukup banyak isi dan kuah dalam satu mangkuk yang dihidangkan. Rasa berbaloi.

Total damage: Nasi putih + telur masin + itik salai masak lemak cili api = RM 12.00 sahaja. Air nescafe ais kedai sebelah pulak RM 3.50. Okay sangat dah harga.

Lain kali, kalau diizinkan ke sini lagi, saya teringin nak cuba daging salai. Semoga ada rezeki untuk makan di Itik Salai Mashtar lagi pada masa akan datang. Boleh ambil gambar kedai dan suasana kedai juga next time. Kali ni dia punya excited nak makan tu sampai tak fikir dah nak ambil gambar lain selain gambar itik salai semata-mata.

Alamat: Itik Salai Mashtar, Medan Selera Adikku, Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *