llaollao – Baru Pertama Kali Cuba Frozen Yogurt Ni

Topping hazelnut sauce, granola dan kitkat bites

Hello guys, lama saya tak menulis. Berhabuk blog. Biasa laa rasa malas-malas sikit. Ada perasaan macam takde orang nak baca blog kita. Hahaha. Tapi kalau tak rajin, macamana nak mahir skil menulis dan skil bercerita ni. So, nak taknak kena laa mula balik kan.

llaollao ni rasanya macam dah lama je bertapak kat Malaysia ni. Maybe since 2020 kot, saya pun tak pasti sangat. Tapi sekarang dah tahun 2023, baru tergerak hati saya nak merasa. Selama ni tengok orang makan llaollao dengan sudu hijau panjang tu, tak curious sangat pun. Tapi bila selalu nampak kat mana-mana llaollao pun mesti orang beratur je, haish, kali ni memang kena cuba!

Gabungan Rasa dan Tekstur

Ayoo, rasa dan tekstur, skemanya. Hahaha. llaollao ni memang smooth, lepas tu ada tangy dan zesty. Nak kata masam, tak masam sangat. Saya pun tak reti nak explain. Senang kata, very refreshing.

Macam-Macam Toppings

Saya pilih KitKat Bites dan granola (Kot? Haa lupa dah). Bab toppings ni, macam-macam combination boleh buat. Saya pun main ambil je, mungkin ada gabungan yang lagi best selain KitKat Bites dan granola. Nak toppings biskut Biscoff pun ada. Saiz toppings pulak semua kecil-kecil je, memang ngam. Senang nak makan.

Banyak Pilihan Sos

Bab sos ni pun lagi satu, banyak pilihan. Mana laa reti nak pilih kalau first time tu kan. Saya pilih hazelnut sauce ni pun sebab pernah tengok orang recommend di TikTok dulu-dulu. Kalau tengok gambar kat atas tu, boleh tahan banyak jugak drizzle sos kat atas frozen yogurt tu.

Harga Berbaloi

llaollao frozen yogurt bersaiz large dengan dua pilihan toppings dan satu pilihan sos harganya RM 20.90. Harga boleh tahan laa, bak kata mat salleh, it’s an indulgence that won’t break the bank. Benda bukan nak makan hari-hari pun. Hehehe.

Bagi saya, frozen yogurt ni kalau nak makan tu memang sedap dan guilt-free untuk nak puaskan craving dessert tu. Korang yang suka bereksperimentasi boleh cuba gabung kombinasi pelbagai toppings. Yang belum pernah cuba, tak perlu fikir lagi. Next time nampak kiosk llaollao, terus sambar satu bekas!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *