Gunung Angsi – Kenapa saya selalu ke sini

Soalan yang sering saya terima dari kawan-kawan dan colleagues, “Kenapa asyik naik gunung sama je?”. Saya pun terfikir perkara sama. Kenapa saya selalu ke Gunung Angsi? Video-video 2024 di Tiktok saya yang berhabuk tu pun mostly dipenuhi dengan video di Gunung Angsi.

Tiktok content asyik Angsi je
Sedikit info tentang Gunung Angsi, Negeri Sembilan

Gunung Angsi yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, merupakan salah satu destinasi mendaki yang popular di Malaysia dengan ketinggian 825 meter. Laluan pendakian yang luas dan menarik serta pemandangan indah dari puncak menjadikan Gunung Angsi pilihan yang ideal untuk pendaki dari pelbagai peringkat.

Laluan Pendakian ke Puncak Gunung Angsi

Terdapat dua laluan utama untuk mendaki Gunung Angsi iaitu Laluan Bukit Putus dan Laluan Ulu Bendul.

  • Laluan Bukit Putus: Laluan yang lebih pendek, mengambil masa sekitar 2-3 jam untuk tiba di puncak. Laluan ini sesuai bagi mereka yang mahukan pendakian yang pantas namun masih mencabar. Pendakian melalui Bukit Putus bermula dengan laluan 500 meter yang agak curam, so kena start slow ya!
  • Laluan Ulu Bendul: Laluan ini lebih panjang dan mengambil masa sekitar 4-5 jam untuk sampai ke puncak. Namun, ia memberikan pengalaman lebih hardcore tetapi penuh dengan keindahan semula jadi seperti beberapa lintasan sungai. Laluan ini saya sangat syorkan bagi mereka yang ingin take the time untuk healing.
Keunikan dan Cabaran Gunung Angsi

Salah satu keunikan Gunung Angsi ialah hutan hujannya yang subur. Sepanjang perjalanan, korang dapat menikmati pelbagai flora dan fauna. Terdapat juga beberapa kawasan yang berbatu dan sedikit teknikal, namun tidak terlalu sukar. Di beberapa bahagian Laluan Uu Bendul, disediakan tali untuk memudahkan korang melalui kawasan curam.

Gunung Angsi 1 - Kasut saucony 0
Kenangan pertama kali di Angsi, kasut tercabut tapak. Diselamatkan dengan cable tie.

Terdapat beberapa bahagian yang mungkin licin terutamanya selepas hujan. Pastikan korang memakai kasut yang sesuai. Jangan lupa bawa bekalan air dan makanan ringan yang mencukupi.

Keindahan Puncak Gunung Angsi

Setelah berjaya sampai ke puncak, korang akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan. Dari sini, korang boleh melihat panorama Negeri Sembilan. Sekiranya cuaca cerah, korang mungkin akan dapat melihat beberapa gunung berdekatan.

Puncak Gunung Angsi juga mempunyai kawasan yang sesuai untuk berehat dan bergambar. Ruangan puncak yang agak luas boleh menampung pendaki yang ramai.

Kembali kepada tujuan utama, KENAPA SAYA SENTIASA PILIH ANGSI?
  • Permit: Permit adalah antara faktor utama kenapa ramai pendaki dari Kuala Lumpur dan Selangor sentiasa ke Negeri Sembilan untuk mendaki. Negeri Sembilan sangat memudahkan urusan permit bagi pendaki. Permit berharga RM5 boleh didapati sebelum pendakian dimulakan di kaunter berdekatan trailhead.
  • Musafir: Jarak dari rumah sewa saya di Seputih ke Trailhead Bukit Putus melebihi dua marhalah. Perjalanan dengan kereta tidak mengambil masa yang lama melalui Highway Plus ke Kuala Pilah, namun saya masih mendapat rukhsah dalam mengerjakan solat fardu.
  • Meriah: Waktu cuti saya (cuti during weekdays) yang berbeza dengan kebanyakkan orang menyebabkan saya mencari tempat hiking yang sentiasa meriah walaupun pada hari weekdays. Gunung Angsi sentiasa dipenuhi dengan para pendaki setiap hari, terutamanya di Laluan Bukit Putus.
  • R&R Ulu Bendul: Kemudahan yang disediakan di R&R berdekatan memudahkan urusan saya untuk menguruskan diri setelah selesai pendakian. Terdapat juga kedai-kedai makan dan surau.
  • Laluan yang selamat: Bagi saya, laluan di Gunung Angsi sangat selamat dan luas. Somehow saya sentiasa rasa selamat walaupun mendaki seorang diri (tidak disarankan ya).
Pertama kali sampai ke Puncak Gunung Angsi pada November 2022
Kesimpulan

Mendaki Gunung Angsi merupakan aktiviti rekreasi yang menarik, menenangkan dan memberikan pengalaman yang indah terhadap alam semula jadi Negeri Sembilan. Bagi saya, pendakian bukan untuk manfaat fizikal semata-mata, tetapi lebih kepada healing jiwa. Take it slow, don’t rush. Savour each steps. Fuh, menaip ni membuatkan saya rindu nak hiking!

Akhir kata, selamat mendaki dan menikmati keindahan Gunung Angsi!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *