Boleh dikatakan setiap minggu saya pasti singgah makan tengahari di Kafe Kayu. Kafe ini di antara tempat makan awal yang diperkenalkan kepada saya oleh rakan-rakan dari Sepang sejak saya berpindah ke sini.
Walaupun saya orang Terengganu, asam pedas memang antara guilty pleasure saya. So, bila hari cuti muncul, saya tak perlu fikir panjang “nak makan apa? nak makan kat mana?”. Masuk kereta dan mula memandu, tiba-tiba dah sampai di Kafe Kayu. Jarak antara Kafe Kayu dan Kota Warisan cuma sekitar 6KM dan jarak dari KLIA pula sekitar 15KM.
Kafe Kayu dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Waktu operasi bermula dari jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang.
Menu utama sudah tentulah asam pedas, nama pun Kafe Kayu Asam Pedas kan! Tapi selain asam pedas, ada juga set goreng panas, sup daging, nasi ayam dan pelbagai pencuci mulut.
Antara pilihan asam pedas yang ada ialah ikan kembung, ikan pari, ikan tenggiri, ikan jenahak dan daging tetel. Set asam pedas termasuk nasi, telur masin, ulam-ulaman dan sambal belacan.
Set goreng panas pula terdiri dari ikan bawal, ikan kembung, ikan keli dan ayam goreng berempah. Set ini termasuk nasi, ulam-ulaman, sambal kicap dan kuah asam pedas/kari.
Bagi sesiapa yang berminat nak mencuba asam pedas di Kafe Kayu, boleh terus search di Waze – Kafe Kayu Dengkil.
Alamat: Kafe Kayu, Kampung Ambar Tenang, 43800 Dengkil, Selangor