Cara Renew Pasport Malaysia 2025 – Jangan Tertinggal Step QMS Ni!

coffee and expired passport
Sambil menunggu lama, kita ngopi dulu! Jangan lupa bawa passport expired

Korang kalau tengah plan nak travel overseas, benda paling penting kena periksa dulu sebelum beli tiket kapal terbang—pasport hidup lagi ke tak? Kalau dah nak expired atau dah memang expired pun, korang kena renew dulu sebelum buat apa-apa plan. Jadi hari ini saya nak kongsi step-by-step proses pembaharuan passport kat Malaysia ni, siap dengan sistem QMS yang saya dah terkena sebab tak reserve nombor giliran awal-awal. Jadi itulah tujuan utama saya menulis hari ini, supaya kawan-kawan saya tak terkena musibah yang sama. Haha!

Kos Renew Pasport 2025

Kos pembaharuan pasport pada tahun 2025 masih sama—RM200 untuk tempoh 5 tahun. Mahal ke murah tu subjektif laa ya, tapi sekurang-kurangnya tak naik harga lagi buat masa ni. Korang boleh jugak buat online, kemudian datang pickup sahaja beberapa hari kemudian. Tapi disebabkan saya tak buat online, jadi aku tak pasti apa prosedurnya.

Sekadar pemberitahuan, pembayaran di kaunter pula hanya diterima secara cashless sahaja.

Sistem QMS – Benda Paling Penting Kena Buat Awal!

Okay, part ni yang RAMAI orang tak tahu atau terlepas pandang—QMS (Queue Management System). Kalau korang nak renew passport, korang kena guna sistem ni dulu. Tak boleh main walk-in je tau! Benda renew 5 tahun sekali, mana kau nak tau update terbaru yedok?

Apa Itu QMS?

Search je QMS dekat app store

QMS ni basically sistem untuk ambil nombor giliran secara online. Korang kena download app QMS dan dari situ, pilih lokasi cawangan Imigresen yang korang nak pergi. Boleh refer screenshots dibawah ya.

Penting! QMS Dibuka Seawal 6 Pagi

Yes, betul tu. Sistem QMS akan buka pukul 6 pagi setiap hari (kecuali cuti umum) dan memang ramai akan standby masa tu. Siapa cepat, dia dapat. Kalau lambat sikit je, confirm nombor semua dah habis. So, set alarm siap-siap, dan standby dengan phone masing-masing. Jangan lupa solat subuh!

Proses Lengkap Pembaharuan Passport

Step 1 paling penting!
  1. Dapatkan nombor giliran melalui mobile app QMS seawal 6 pagi.
  2. Hadirkan diri ke cawangan imigresen yang korang pilih. Tunggu giliran korang dipanggil.
  3. Bila dah dipanggil, korang akan ambil gambar kat situ. Make sure pakai elok-elok. Aksesori seperti anting-anting, rantai leher, tindik hidung, atau apa-apa perhiasan lain yang mengganggu wajah TIDAK dibenarkan. Staff imigresen akan suruh korang tanggalkan dulu sebelum ambil gambar. Sama juga dengan cermin mata, kena buka untuk sesi fotografi passport.
  4. Bila gambar dah lulus, korang perlu buat bayaran RM200 secara cashless.
  5. Lepas siap semua, korang akan diberi satu resit untuk ambil passport baru – biasanya passport akan siap dalam masa 1 jam. Saya dapat passport saya haritu dalam masa 33 minit sahaja (app QMS akan notify korang untuk ke kaunter bila passport dah siap).

Tips & Reminder

  • Jangan lupa bawa IC dan passport lama.
  • Buat QMS di awal pagi dan datang hari yang sama ya. QMS nombor hanya valid untuk hari tu sahaja!
  • Bagi pemohon 18 tahun keatas, satu nombor giliran QMS hanya valid untuk satu orang sahaja! Kalau nak renew berjemaah, korang perlu battle nombor QMS masing-masing sebelum datang ke Imigresen.

Jadi itulah dia satu post santai tentang cara nak renew passport kat Malaysia. Saya menulis dengan rasa rendah diri, mungkin isu ni remeh je dan ramai yang dah maklum. Tapi saya dah terkena ya gais dan ramai orang-orang lain yang hadir selepas saya pun terpaksa pulang dengan hampa disebabkan tak dapat nombor giliran.

Kalau ada soalan ke nak share pengalaman masing-masing renew passport kat cawangan mana-mana, just drop komen dibawah okay!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *